Menu hari ani, pasal mee..i really love to eat Mee..nyaman bah..ehehe i've tried this resipi kemarin masa kan sungkai atu..fuhhh bessttt gilerr... heheh have a try.. but remember not to put too much water.. and lau bleh ubinya atu banyakkan sikit lau mau kuahnya pelikat..heheh selamat mencuba..
Mee Kuah Pedas
BAHAN (A) :-
3 camB minyak masak
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus. kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa
BAHAN (B) :-
2 camB ketumbar
1 camB jintan manis
1 camB jintan putih
3 camB udang kering
40 gm ikan bilis
BAHAN (C) :-
1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 tangkai bunga kantan
3 camB tauchu
1 cm belacan
BAHAN (D) - hiasan :-
4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
4 butir telur (direbus & dibelah 4)
CARA-CARA :-
1. Sangai bahan (B) dan kisar halus. Ketepikan.
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak.
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi)
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).
Sunday, August 23, 2009
Mee Kuah Pedas
Posted by baby devil at 12:22 AM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Sharing resipi masakan..
Hemm tym2 puasa ani tani selalu blurr kan masak apa untuk sungkai.. terutama sekali ibu2, kakak2, mama2, nenek2...enuff... k kali ani mimie kan share some resipi might be beguna untuk biskita semua.. Bleh cuba dan juga jangan lupa bagi aku.. aku rela jadi food tester...
+++++ NUTTELLA BANANA MUFFIN++++
Bahan-bahan
2 biji telur
125 g mentega (lembut)
100 g gula
2 biji pisang ranum
100 g Nutella
100 ml susu segar
1 tsp baking soda
250 g tepung
2 tsp baking powder
Cara
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam satu bekas.
2. Di dalam bekas lain pukul telur, mentega dan gula sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek dan nutella. Gaul rata.
4. Dalam mangkuk berasingan, satukan susu dan baking soda. Gaul rata.
5. Masukkan bancuhan tepung dan susu bergilir-gilier ke dalam mangkuk bancuhan pisang sehingga habis. Kacau hingga sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 180C.
7. Masukkan adunan dalam bekas muffin.
8. Bakar sehingga 25-30 minit.
Posted by baby devil at 2:38 AM 0 comments
Happy Ramadhan everyone!!
Salam, disini Mimie kan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia..Semoga ubadah kita semua mendapat berkat dan juga hidayah dar Alla SWT.. Amin.. Amin..Amin.. So harapan ku tahun ani mudahan dapat loose some weight..hehe mudahan jaaaa.. huhu geng2 yang lain doakan ahh.. hehe k bai
Posted by baby devil at 2:33 AM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
kisah 1000 ciuman
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
paling cinta, Kanda Suparjo
Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya
Kanda Suparjo tersayang, Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??
Paling sayang, dari Dinda Suti Nirwingsih
... . gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
MORAL OF STORY : BAGILAH ILMU SERTA DIDIKAN YANG TERBAIK UNTUK ISTERI KITA¿
Posted by baby devil at 1:56 AM 0 comments
nenek naik pesawat
seorang nenek tua teringin untuk menaiki sebuah kapal terbang. Mendengar keinginanya itu cucunya Izwan terus membeli tiket untuk menyenangkan hati neneknya. Pada hari yg ditentukan, Izwan membawa neneknya menaiki kapal terbang di KLIA. Sepanjang perjalanan,secara kebetulan penghawa dingin dalam kapal terbang itu rosak. Walaupun terasa panas nenek hanya mendiamkan diri sampai di lapangan terbang Singapura lantas nenek itu berkata patut la kat dalam kapal terbang jadi panas,rupanya kipas kapal terbang berada kat luar!!!!
Posted by baby devil at 1:40 AM 0 comments










