CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 16, 2009

Sambutan Hari Guru

Posing maut dari guru- guru sekolah kami
Posing sopan..huhuhu~
bersalam-salaman selepas sambutan..terharu ku..menangis2 ani bah..
murid bersalaman dengan guru- guru
Pemenang mini marathon sekolah rendah kawasan Brunei 1 juga turut diraikan..
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Fauziah, siap dengan posing tanda gembiranya lagi tuu Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertua Dyg Rosedah (Tukang masak sekolah) Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Dyg Hajijar (Pembersih sekolah) Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Hamidah Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Nurul
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Rafidah
Cikgu Hj Nuh menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah Cikgu Rani
Persembahan murid Tahun 3
DJ yang kami undang khas Cikgu Nurul dan penolongnya Cikgu Hj Nuh
Cikgu Rani menyampaikan hadiah kepada Ka Hajah Fatimah (Tukang masak sekolah)

Isnin, 16hb November 2009 sekolah kami telah mengadakan sambutan hari guru. Sambutan tersebut sungguh meriah sekali dengan adanya cabutan tiket bertuah, persembahan dari murid -murid dan juga persembahan nyanyian dari semua murid sekolah.

Acara dimulakan dengan bacaan tahlil arwah bagi memperingati guru- guru yang telah kembali kerahmatullah dan selepas itu acara diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar Cikgu Abdul Rahim bin Haji Mohd Salleh, ucapan hari guru dari wakil murid tahun 6 Md Hafis bin Durahim, diteruskan dengan persembahan murid Pra iaitu Puisi "Guru", persembahan nyanyian dari murid tahun 2 "Hari Pertama", Persembahan Poem dari murid tahun 1 iaitu Sharini dan Md Azami, diteruskan dengan persembahan tarian dari murid perempuan tahun 2 dan juga persembahan pentas dari murid tahun 3. Acara tersebut diselang selikan dengan acara cabutan tiket bertuah.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya murid- murid bersalam- salam dengan guru2 sambil mengucapkan ucapan hari guru dan selepas itu guru- guru bergambar ramai..

0 comments: